Berita Lintas
sawitbaik

Petani Kecil Butuh PKS



Petani Kecil Butuh PKS

INFO SAWIT, SRI AMAN - Peningkatan jumlah pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia, khususnya di Sarawak memerlukan lebih banyak pembangunan pabrik kelapa sawit (PKS)

Sehubungan itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menggalakkan perusahaan swasta mendirikan PKS di Sarawak untuk menampung keperluan pekebun kecil, di samping membantu memasarkan buah tandan segar.

Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas mengatakan, saat ini kebanyakan pekebun kecil menjual tandan segar di pusat pengumpulan di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, mereka kedepannya akan menjadi masalah apabila pusat pengumpulan menawarkan harga lebih rendah berbanding harga ditawarkan kilang.

“Untuk  mengatasi masalah tersebut, pekebun kecil boleh me- nubuhkan koperasi dalam kalangan mereka.

“Sekarang masalah timbul apabila mereka menjual sawit di kilang, mereka diberikan resit yang hanya boleh ditunaikan dalam tempoh sebulan. Jika dijual di pusat kutipan, mereka dapat tunai namun harga lebih rendah,” ujarnya seperti dikutip Utusan, Sabtu (6/6/2015). (T3)